WaNoJa Education

Total Pages Visitor

IP

Pencarian

 

Rabu, 16 Maret 2011

Processor

Processor sering disebut sebagai otak dan pusat pengendali computer yang didukung oleh kompunen lainnya. Processor adalah sebuah IC yang mengontrol keseluruhan jalannya sebuah sistem komputer dan digunakan sebagai pusat atau otak dari komputer yang berfungsi untuk melakukan perhitungan dan menjalankan tugas. Processor terletak pada socket yang telah disediakan oleh maindboard, dan dapat diganti dengan processor yang lain asalkan sesuai dengan socket yang ada pada mainboard. Salah satu yang sangat besar pengaruhnya terhadap kecepatan komputer tergantung dari jenis dan kapasitas processor.

Fungsi, Jenis dan Soket Processor

Fungsi Processor (CPU)

Fungsi Processor ialah untuk memproses data yang diterima dari masukan (input), seterusnya akan menghasilkan keluaran (output). Semasa kerja memproses data tersebut, processor juga akan senantiasa terhubung dengan komponen komputer yang lain, terutamanya hard disk dan RAM. Ia juga digambarkan sebagai “otak” komputer dimana setiap data akan melalui processor untuk menghasilkan keluaran (output) yang  ditentukan. Sesuai dengan fungsi processor, ia juga dikenali sebagai Central Processing Unit atau ringkasannya CPU.

Sebagai contoh, ketika anda mengetik alamat blog ini, maka processor akan menerima masukan tersebut dan berurusan dengan komponen-komponen komputer yang lain seperti RAM,hard disk,mainboard, dsb  untuk menghasilkan keluaran / hasil yang anda kehendaki. Sekiranya processor tidak berfungsi, maka komponen-komponen komputer yang lain juga tidak dapat berfungsi.

Rekabentuk Processor

Jaman dulu, rekabentuk processor dipasang melalui slot. Tetapi kini, rekabentuk processor semuanya sesuai dipasang secara soket. Umumnya, kini terdapat dua pengeluar processor iaitu Intel dan AMD. Rekabentuk luarannya hampir sama, yaitu berbentuk segiempat dan mempunyai pin-pin yang banyak sebagai connector untuk mainboard. Terdapat rekabentuk terkini dari Intel yaitu soket LGA775 yang tidak mempunyai pin, sebaliknya mainboard yang mempunyai pin-pin connector untuk dihubungkan dengan processor.

Pemilihan Processor

pemilihan mainboard, jenis processor dan soket processor adalah perkara pertama yang perlu dipastikan sebelum membeli mainboard. Pendek kata, processor adalah komponen perkakas komputer terpenting sebelum membeli komponen-komponen komputer yang lain. Perlu diingatkan juga, biasaanya processor adalah perkakas komputer yang paling mahal.

Contoh Jenis-Jenis Processor:


Intel
  • Pentium II
  • Pentium III
  • Pentium IV
  • Pentium IV Celeron
  • Pentium D
  • Dual Core
  • Core 2 Duo
  • Core 2 Extreme
  • Quad Core

AMD
  • Sempron
  • Athlon
  • Athlon AM2 X2
  • Phenom
Setelah menentukan jenis processor yang dikehendaki, kita perlu melihat kepada penomoran soket processor pula. Ini amat penting supaya kita tidak salah memilih motherboard. Sekiranya mainboard tersebut betul dan bersesuaian (compatible) dengan processor, maka processor akan dapat berfungsi dengan baik..

Di bawah ini  beberapa penomoran soket processor sebagai acuan untuk  kompatibilitas mainboard dan processor :



Nomor Soket
Processor / No Pin

Jenis Processor Yang Bersesuaian

Intel
Soket 423 Pentium IV / PGA (Pin Grid Array)
Soket 478 Pentium IV/ PGA 2nd Ver., Pentium IV Celeron (DDR RAM)
Soket 603 Pentium IV Xeon (micro PGA)
Soket LGA 775 Pentium IV, Pentium D, Celeron 420, Celeron 430, Pentium Dual Core, Core 2 Duo, Core 2 Quad
Soket LGA 1155/1156 Core i3, Core i5, Core i7 (860, 870, 2600)
Soket LGA 1366 Core i7 (930, 950)
AMD
Soket 754 Athlon 64 (mPGA), Sempron
Soket 939 Athlon 64, Athlon 64-X2
Soket 940 Athlon 64 FX 51 (micro PGA)
Soket AM2 Athlon AM2, Athlon X2, Sempron Limited Edition
Soket AM3 Sempron 140, Athlon II X2, Athlon II X3, Athlon II X4, Phenom II X2, Phenom II X4, Phenom II X6

Ini adalah sebagian dari nomor soket processor yang ada. Namun, pilihlah processor dan mainboard yang ada dipasaran supaya mudah untuk mendapatkan alat ganti perkakasan komputer yang bersesuaian.


Artikel Terkait:

0 komentar:

:)) ;)) ;;) :D ;) :p :(( :) :( :X =(( :-o :-/ :-* :| 8-} :)] ~x( :-t b-( :-L x( =))

Posting Komentar

Growth and Education Blogs - BlogCatalog Blog Directory

Berlangganan via Email:

By FeedBurner